Abdullah bin Abbad r.a berkata, "Ketika kami sedang berada di Mina bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang satu kumpulan dari Yaman, lalu berkata, "Ya, Rasulullah, terangkan kepada kami kelebihan haji".
Lantas Rasulullah s.a.w menjawab, "Baiklah, setiap manusia yang keluar dari rumahnya dengan niat haji atau umrah, maka setiap langkah akan gugur segala dosa-dosanya seperti gugurnya daun kering dari pokok. Kemudian apabila telah sampai di Madinah dan memberi salam serta berjabat tangan denganku, maka akan dijabat tangan oleh malaikat".
Tambah Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila mereka telah sampai di Dhul Hulaifah dan mandi sunat ihram, maka Allah s.w.t menghapuskan segala dosanya. Kemudian, apabila mereka memakai pakaian baru untuk ihram, maka Allah s.w.t akan memberikannya segala kebaikan. Sesudah itu, jika mereka mengucap "labbaik Allah humma labbaik.." maka akan disambut oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud "Aku mendengar kata-katamu dan melihat padamu".
Sambung Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila sampai di Mekah lalu mereka bertawaf dan sai di antara Safa dan Marwah, maka Allah akan berikan sebanyak-banyak kebaikan kepadanya. Setelah itu, apabila mereka wukuf di Arafah dan berdoa dengan suara yang gemuruh, maka Allah membanggakannya kepada para malaikat dengan berfirman, "Wahai malaikat dan penduduk di langit, tidaklah kamu melihat hambu-Ku yang datang dari semua penjuru yang jauh-jauh dalam keadaan terurai dan berdebu. Mereka telah mengorbankan harta dan tenaga, maka demi kemuliaan dan kemurahan-Ku, Aku akan maafkan orang-orang yang berdosa sebagaimana anak yang baru lahir dari perut ibunya".
Sambung Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila mereka melontarkan jumrah dan mencukur rambut, kemudian bertawaf ifadah maka akan ada seruan dari bawah Arasy, "Kembalilah kamu, kerana semua dosa-dosa kamu telah diampukan dan mulakan segala amalanmu".
Wednesday, April 29, 2009
Rahsia di sebalik Haji dan Umrah
Posted by inaz_su at 10:58 PM 2 comments
Sehingga nafas terakhir
Huzaifah al-Adawi menceritakan :
"Ketika berlaku peperangan di Yamruk, di mana kaum muslimin bertempur untuk membebaskan tanah Syam (Palestin) daripada tangan musuh, saya pun berangkat mencari sepupu saya di kalangan orang-orang yang cedera parah".
"Di tangan saya ada sedikit air untuk diberikan kepadanya kalau dia kehausan, atau untuk saya sapukan dimukanya bagi mengeringkan kepanasan hari itu. Saya dapat berjumpa dengannya, dan dia mengalami luka parah. Saya pun hulurkan air kepadanya untuk diminum. Tiba-tiba kami terdengar suara orang mengerang kesakitan. Maka sepupu saya tidak jadi minum air itu, malah mengarahkan saya memberi orang itu minum terlebih dahulu".
"Saya pun segera pergi kepadanya dan saya dapati orang itu ialah Hisyam Ibnul 'Asy. Saya unjukkan air untuk dia minum, tiba-tiba terdengar pula suara orang lain mengerang kesakitan. Hisyam juga tidak jadi minum air itu dan menyuruh saya memberi orang itu minum terlebih dahulu".
"Saya pergi mendapatkan orang ketiga, tetapi malangnya dia baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Lalu saya pun segera kembali kepada Hisyam, dan mendapati dia baru sahaja meninggal dunia. Kemudian saya pergi pula kepada sepupu saya, malangnya saya dapati dia juga sudah meninggal. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mereka sekalian".
Posted by inaz_su at 10:33 PM 0 comments
Dialog Rasulullah s.aw bersama para sahabat
Suatu ketika, baginda Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada para sahabat:
"Tahukah kamu siapakah orang yang paling gagah?"
Para sahabat menjawab, "Tentunya seseorang yang dapat menjatuhkan lawannya dalam perlawanan gusti"
Baginda kemudiannya berkata, "Bukan. Ia adalah seorang yang boleh menahan nafsunya ketika marah".
Sekali lagi baginda bertanya, "Tahukah kamu, siapakah perempuan yang 'mandul'?"
Para sahabat cuba menjawab, "Tentulah perempuan yang tidak dapat melahirkan anak".
Baginda menjawab pertanyaannya sendiri, "Perempuan yang 'mandul' ialah perempuan yang belum menghantar seorang pun daripada anaknya ke akhirat sebelum dia sendiri pergi ke akhirat".
Kemudian baginda bertanya lagi, "Tahukah kamu, siapakah orang yang miskin?"
Sekali lagi para sahabat cuba meneka, "Orang miskin yang tidak mempunyai harta".
Baginda membetulkan jawapan para sahabat tersebut, "Bukan, orang yang paling miskin ialah orang yang memiliki banyak harta tetapi tidak menghantar apa-apa pun ke akhirat sebelum dia sendiri pergi ke akhirat".
Sumber: Fadhilat sedekah
Posted by inaz_su at 10:18 PM 0 comments
Pemberi Rezeki
Imam Zahid Azzahi menceritakan bahawa dia ingin menguji dirinya dari segi bagaimanakah dia mendapat rezeki. Dia masuk ke dalam gua yang tidak ada makanan. Dia ingin tahu bagaimanakah Allah memberi makanan kepadanya.
Tiba-tiba serombongan pedagang sesat jalan dan apabila hujan turun, maka mereka berteduh di dalam gua. Seorang daripada mereka bertanya, "Siapakah engkai wahai hamba Allah"?. Soalan itu tidak dijawab oleh Imam Zahid.
Rakannya berkata lagi, "Mungkin dia lapar". Mereka kemudian membuka makanan, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya. Dua daripada pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dengan menggunakan pisau setelah mendapati gigi Imam Zahid tidak dapat dibuka lagi.
Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata, "Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah memberikan rezeki kepada hambaNya di mana sahaja hambaNya berada dan bagaimanakah keadaannya".
(Kisah Imam Zahid)
Posted by inaz_su at 1:59 AM 1 comments
Akal
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w,"Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang paling pintar?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Orang yang berakal". Ditanya lagi, "Siapakah orang yang paling berbakti?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Orang yang berakal". Mereka bertanya lagi, "Siapa orang yang paling utama?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukminin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal. Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal (khayatul qulub)".
(Riwayat Ka'ab dan Abu Hurairah)
Posted by inaz_su at 1:56 AM 0 comments
Insan
Insan terdiri daripada 4 jenis iaitu:
- Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu; itulah orang yang lalai. Oleh itu, berilah peringatan
- Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggallah mereka
- Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah oran yang jahil. Oleh itu ajarlah mereka
- Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah orang yang berilmu. Oleh itu ikutilah mereka
(Ibnu Khalil Ibn Ahmada Farahidi)
Posted by inaz_su at 1:40 AM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
Rahsia As-Solat
- Niat Sembahyang - Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
- Berdiri Betul - Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- Takbir-ratul Ihram - Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
- Fatihah - Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
- Ruqu' - Sebagai tikar kita di dalam kubur
- I'tidal - Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
- Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
- Duduk antara 2 Sujud - Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
- Duduk antara 2 Sujud (akhir) - Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
- Tahhiyat Akhir - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
- Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
- Salam - Memelihara kita di dalam kubur.
- Tertib - Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat". Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Posted by inaz_su at 10:48 PM 3 comments
