Wednesday, April 29, 2009

Rahsia di sebalik Haji dan Umrah

Abdullah bin Abbad r.a berkata, "Ketika kami sedang berada di Mina bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang satu kumpulan dari Yaman, lalu berkata, "Ya, Rasulullah, terangkan kepada kami kelebihan haji".

Lantas Rasulullah s.a.w menjawab, "Baiklah, setiap manusia yang keluar dari rumahnya dengan niat haji atau umrah, maka setiap langkah akan gugur segala dosa-dosanya seperti gugurnya daun kering dari pokok. Kemudian apabila telah sampai di Madinah dan memberi salam serta berjabat tangan denganku, maka akan dijabat tangan oleh malaikat".

Tambah Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila mereka telah sampai di Dhul Hulaifah dan mandi sunat ihram, maka Allah s.w.t menghapuskan segala dosanya. Kemudian, apabila mereka memakai pakaian baru untuk ihram, maka Allah s.w.t akan memberikannya segala kebaikan. Sesudah itu, jika mereka mengucap "labbaik Allah humma labbaik.." maka akan disambut oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud "Aku mendengar kata-katamu dan melihat padamu".

Sambung Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila sampai di Mekah lalu mereka bertawaf dan sai di antara Safa dan Marwah, maka Allah akan berikan sebanyak-banyak kebaikan kepadanya. Setelah itu, apabila mereka wukuf di Arafah dan berdoa dengan suara yang gemuruh, maka Allah membanggakannya kepada para malaikat dengan berfirman, "Wahai malaikat dan penduduk di langit, tidaklah kamu melihat hambu-Ku yang datang dari semua penjuru yang jauh-jauh dalam keadaan terurai dan berdebu. Mereka telah mengorbankan harta dan tenaga, maka demi kemuliaan dan kemurahan-Ku, Aku akan maafkan orang-orang yang berdosa sebagaimana anak yang baru lahir dari perut ibunya".

Sambung Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila mereka melontarkan jumrah dan mencukur rambut, kemudian bertawaf ifadah maka akan ada seruan dari bawah Arasy, "Kembalilah kamu, kerana semua dosa-dosa kamu telah diampukan dan mulakan segala amalanmu".

Sehingga nafas terakhir

Huzaifah al-Adawi menceritakan :

"Ketika berlaku peperangan di Yamruk, di mana kaum muslimin bertempur untuk membebaskan tanah Syam (Palestin) daripada tangan musuh, saya pun berangkat mencari sepupu saya di kalangan orang-orang yang cedera parah".

"Di tangan saya ada sedikit air untuk diberikan kepadanya kalau dia kehausan, atau untuk saya sapukan dimukanya bagi mengeringkan kepanasan hari itu. Saya dapat berjumpa dengannya, dan dia mengalami luka parah. Saya pun hulurkan air kepadanya untuk diminum. Tiba-tiba kami terdengar suara orang mengerang kesakitan. Maka sepupu saya tidak jadi minum air itu, malah mengarahkan saya memberi orang itu minum terlebih dahulu".

"Saya pun segera pergi kepadanya dan saya dapati orang itu ialah Hisyam Ibnul 'Asy. Saya unjukkan air untuk dia minum, tiba-tiba terdengar pula suara orang lain mengerang kesakitan. Hisyam juga tidak jadi minum air itu dan menyuruh saya memberi orang itu minum terlebih dahulu".

"Saya pergi mendapatkan orang ketiga, tetapi malangnya dia baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Lalu saya pun segera kembali kepada Hisyam, dan mendapati dia baru sahaja meninggal dunia. Kemudian saya pergi pula kepada sepupu saya, malangnya saya dapati dia juga sudah meninggal. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mereka sekalian".

Dialog Rasulullah s.aw bersama para sahabat

Suatu ketika, baginda Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada para sahabat:

"Tahukah kamu siapakah orang yang paling gagah?"

Para sahabat menjawab, "Tentunya seseorang yang dapat menjatuhkan lawannya dalam perlawanan gusti"

Baginda kemudiannya berkata, "Bukan. Ia adalah seorang yang boleh menahan nafsunya ketika marah".

Sekali lagi baginda bertanya, "Tahukah kamu, siapakah perempuan yang 'mandul'?"

Para sahabat cuba menjawab, "Tentulah perempuan yang tidak dapat melahirkan anak".

Baginda menjawab pertanyaannya sendiri, "Perempuan yang 'mandul' ialah perempuan yang belum menghantar seorang pun daripada anaknya ke akhirat sebelum dia sendiri pergi ke akhirat".

Kemudian baginda bertanya lagi, "Tahukah kamu, siapakah orang yang miskin?"

Sekali lagi para sahabat cuba meneka, "Orang miskin yang tidak mempunyai harta".

Baginda membetulkan jawapan para sahabat tersebut, "Bukan, orang yang paling miskin ialah orang yang memiliki banyak harta tetapi tidak menghantar apa-apa pun ke akhirat sebelum dia sendiri pergi ke akhirat".

Sumber: Fadhilat sedekah

Pemberi Rezeki

Imam Zahid Azzahi menceritakan bahawa dia ingin menguji dirinya dari segi bagaimanakah dia mendapat rezeki. Dia masuk ke dalam gua yang tidak ada makanan. Dia ingin tahu bagaimanakah Allah memberi makanan kepadanya.

Tiba-tiba serombongan pedagang sesat jalan dan apabila hujan turun, maka mereka berteduh di dalam gua. Seorang daripada mereka bertanya, "Siapakah engkai wahai hamba Allah"?. Soalan itu tidak dijawab oleh Imam Zahid.

Rakannya berkata lagi, "Mungkin dia lapar". Mereka kemudian membuka makanan, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya. Dua daripada pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dengan menggunakan pisau setelah mendapati gigi Imam Zahid tidak dapat dibuka lagi.

Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata, "Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah memberikan rezeki kepada hambaNya di mana sahaja hambaNya berada dan bagaimanakah keadaannya".

(Kisah Imam Zahid)


"Dan sekali-kali Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sedikit pun mengkehendaki rezeki daripada mereka dan Aku tidak memerlukan mereka memberi makan. Sesungguhnya Allah s.w.t Dialah maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan yang kukuh".
(Surah Az-Dzariyat : 51-56)

Akal

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w,"Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang paling pintar?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Orang yang berakal". Ditanya lagi, "Siapakah orang yang paling berbakti?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Orang yang berakal". Mereka bertanya lagi, "Siapa orang yang paling utama?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukminin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal. Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal (khayatul qulub)".

(Riwayat Ka'ab dan Abu Hurairah)

Insan

Insan terdiri daripada 4 jenis iaitu:

  1. Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu; itulah orang yang lalai. Oleh itu, berilah peringatan
  2. Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggallah mereka
  3. Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah oran yang jahil. Oleh itu ajarlah mereka
  4. Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah orang yang berilmu. Oleh itu ikutilah mereka

(Ibnu Khalil Ibn Ahmada Farahidi)

Tuesday, April 28, 2009

Rahsia As-Solat

  1. Niat Sembahyang - Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul - Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram - Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah - Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu' - Sebagai tikar kita di dalam kubur
  6. I'tidal - Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud - Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) - Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam - Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib - Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat". Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Saturday, April 25, 2009

12 azab bagi yang meninggalkan sembahyang

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

  1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
  2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

  1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
  2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
  3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

  1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
  2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

  1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
  2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
  3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Friday, April 24, 2009

Kelebihan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?

Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

99 Nama ALLAH s.w.t

AR-RAHMAN -- Maha Pemurah
AR-RAHIM -- Maha Pengasih
AL-MALIK -- Maha Agung
AL-QUDDUS -- Maha Suci
AS-SALAM -- Maha Selamat Sejahtera
AL-MUKMIN -- Maha Melimpahkan Keamanan
AL-MUHAIMIN -- Maha Pengawal dan Pengawas
AL-AZIZ -- Maha Berkuasa
AL-JABBAR -- Maha Kuat
AL-MUTAKABBIR -- Maha Memiliki Kebesaran
AL-KHALIQ -- Maha Pencipta
AL-BARI -- Maha Menjadikan
AL-MUSAWWIR -- Maha Pembentuk
AL-GHAFFAR -- Maha Pengampun
AL-QAHHAR -- Maha Menentukan
AL-WAHHAB -- Maha Pemberi
AR-RAZZAQ -- Maha Pemberi Rezeki
AL-FATTAH -- Maha Pembuka
AL-ALIM -- Maha Mengetahui
AL-QABIDH -- Maha Pengekang
AL-BASIT -- Maha Melimpahkan Nikmat
AL-HAFIDD -- Maha Merendahkan
AR-RAFI’ -- Maha Meninggikan
AL-MU’IZ -- Maha Memuliakan
AL-MUZIL -- Maha Menghinakan
AS-SAMI’ -- Maha Mendengar
AL-BASIR -- Maha Melihat
AL-HAKAM -- Maha Penghukum
AL-‘ADL -- Maha Adil
AL-LATIF -- Maha Lembut
AL-KHABIR -- Maha Mengetahui
AL-HALIM -- Maha Penyantun/Sabar
AL-‘AZIM -- Maha Agung
AL-GHAFUR -- Maha Pengampun
ASY-SYAKUR -- Maha Bersyukur
AL-‘ALIY -- Maha Tinggi
AL-KABIR -- Maha Besar
AL-HAFIZ -- Maha Memelihara
AL-MUQIT -- Maha Penjaga
AL-HASIB -- Maha Penghitung
AL-JALIL -- Maha Sempurna
AL-KARIM -- Maha Pemurah
AR-RAQIB -- Maha Mengawasi
AL-MUJIB -- Maha Mengabulkan
AL-WASI’ -- Maha Luas
AL-HAKIM -- Maha Bijaksana
AL-WADUD -- Maha Mengasihani
AL-MAJID -- Maha Mulia
AL-BA’ITS -- Maha Membangkitkan
ASY-SYAHID -- Maha Menyaksikan
AL-HAQ -- Maha Benar
AL-WAKIL -- Maha Pentadbir
AL-QAWIY -- Maha Kuat
AL-WALIY -- Maha Pelindung
AL-MATIN -- Maha Teguh
AL-HAMID -- Maha Terpuji
AL-MUHSI -- Maha Penghitung
AL-MUBDI -- Maha Memulai
AL-MU’ID -- Maha Mengembalikan
AL-MUHYI -- Maha Menghidupkan
AL-MUMIT -- Maha Mematikan
AL-HAYY -- Maha Hidup
AL-QAYYUM -- Maha Berdiri Sendiri
AL-WAJID -- Maha Penemu
AL-MAJID -- Maha Mulia
AL-WAHID -- Maha Esa
AL-AHAD -- Maha Esa (Satu)
AS-SAMAD -- Tempat Bergantung
AL-QADIR -- Maha Berupaya
AL-MUKTADIR -- Maha Berkuasa
AL-MUKADDIM -- Maha Menyegerakan
AL-MUAKHIR -- Maha Mengakhirkan
AL-AWWAL -- Yang Pertama
AL-AKHIR -- Yang Akhir
AZ-ZAHIR -- Yang Zahir
AL-BATIN -- Yang Batin
AL-WALI -- Yang Memerintah
AL-MUTA’ALI -- Maha Tinggi & Mulia
AL-BARR -- Maha Baik
AT-TAWWAB -- Maha Penerima Taubat
AL-MUNTAQIM -- Maha Penghukum
AL-‘AFUW -- Maha Pemaaf
AR-RAUF -- Maha Belas Kasihan
MALIKUL-MULK -- Maha Pemilik Kerajaan
DZUL-JALALI -- Maha Memiliki Keagungan & Kemuliaan
AL-MUQSIT -- Pemilik Keadilan
AL-JAMI’ -- Maha Mengumpulkan
AL-GHANIY -- Maha Kaya
AL-MUGHNI -- Yang Maha Memakmurkan
AL-MANI’ -- Maha Pencegah
AD-DARR -- Maha Mendatangkan
AN-NAFI’ -- Yang Memberi Manfaat
AN-NUR -- Maha Pemberi Cahaya
AL-HADI -- Maha Pemberi Petunjuk
AL-BADI’ -- Maha Pencipta Keindahan
AL-BAQI -- Maha Kekal
AR-WARITS -- Maha Mewarisi
AR-RASYID -- Maha Pemberi Petunjuk
AS-SABUR -- Maha Penyabar

Wednesday, April 22, 2009

Doa-Doa Ma'thur Di Tanah Suci


Doa Agar Dikurniakan Keampuanan, Hidayah, Rezeki dan Keselamatan

للهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Maksudnya: "Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak."


Doa Memohon Hati Yang Bersih

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مِنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan


Doa Diberi Kekuatan Untuk Sentiasa Berzikir, Taat Dan Bersyukur

اللَّـهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadah kepadaMu


Doa Apabila Melihat Orang Yang Ditimpa Musibah

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً

Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari sesuatu yang Allah memberi cubaan kepadamu dan Allah telah memberi kemuliaan kepadaku melebihi orang banyak


Doa Ketika Dalam Kesusahan

لاَ إِلَهَ إِلاَ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Doa Pada Waktu Pagi Dan Petang

اسْمِ اللَّـهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي ى الأَرْضِ وَ لا فِي السَّماءِوَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang tidak memudaratkan dengan namaNya itu sesuatu yang berada di bumi dan di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui".

Sumber : 101 Doa Para Nabi dan Rasul

Kisah benar dari US - Hampir dirogol

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab, selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini.

"Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya" [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sumber : mamak@webchat

Kisah Rasulullah s.a.w dengan limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah SAW menjelaskan ‘Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya’. Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya” - Saidina Ali

Monday, April 20, 2009

Sabda Rasulullah s.a.w

Pertama : Dijabat tangan oleh Malaikat

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya":

  1. Orang-orang yang mati syahid
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
  3. Orang yang berpuasa di hari Arafah

Kedua : Membaca A-Quran

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Orang mukmin yang mahir membaca Quran, maka kedudukannya di akhirat di teman para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Quran, padahal dia gagap sesulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala berganda"

[Hadis sahih Muslim]

Alam roh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Aku Bakar r.a, "roh itu menuju ke tujuh tempat' :-

  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka
  5. Roh pada mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat
  6. Roh anak-anak orang beriman akan berada di gunung dari minyak misik
  7. Roh orang -orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat

Sumber : Majalah MIDI

Pesanan Luqman : jangan sombong

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

{Luqman:18-19}

Doa di waktu kesedihan

Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?

Jawab Abu Umamah r.a: Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).

Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?

Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).

Jawab Baginda (saw) : pada waktu pagi dan petang bacalah:

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang.
(Hadith riwayat Abu Daud)

Sumber : Koleksi Soal Jawab Agama

Falsafah tunggang terbalik

Masa masih muda, korbankan kesihatan cari harta.
Bila sudah tua, korbankan harta cari kesihatan

Kerana harta, orang asing menjadi seperti saudara
Kerana harta, saudara menjadi seperti orang asing

Orang kaya mampu beli katil yang bagus, tetapi tak boleh tidur lena
Orang miskin tak mampu beli katil yang bagus, tapi boleh tidur lena

Orang kaya ada duit untuk berpoya-poya, tapi tak ada masa
Orang miskin ada masa untuk berpoya-poya, tapi tak ada duit

Masa muda ingin jadi kaya dapat menikmati kekayaan
Bila sudah kaya tak ada masa untuk menikmati kekayaan
Walaupun ada masa untuk menikmati kekayaan
Sudah tua jadi tak ada tenaga.

Doa dari Al-Quran

Doa 1 :

Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah. (Al-Qasas [28] : 16)

Doa 2 :

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).

Doa 3:

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (Al-Naml [27] : 19)

Saturday, April 18, 2009

Hadiah buat ibubapa

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,

atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.


Amin Ya Rabbul Alamin..

Menguap menurut Islam

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Abbas peluk Islam secara sembunyi

PADA suatu musim kemarau, ketika penduduk dan negeri ditimpa kekeringan yang sangat, keluarlah Amirul Mukminin Umar bersama kaum Muslimin ke kawasan terbuka, melakukan solat istisqa' (minta hujan) dan berdoa merendahkan diri kepada Allah yang Penyayang agar mengirimkan awan dan menurunkan hujan kepada mereka.

Umar berdiri sambil memegang tangan kanan Abbas dengan tangan kanannya, diangkatnya ke arah langit sambil berkata: "Ya Allah, sesungguhnya kami pernah memohon hujan perantaraan Nabi-Mu, pada masa beliau masih berada di antara kami. Ya Allah, sekarang kami meminta hujan pula perantaraan saudara Nabi-Mu, maka mohonlah kami diberi hujan."

Belum sempat kaum Muslimin meninggalkan tempat itu, datang awan tebal dan hujan lebat mendatangkan sukacita, menyiram bumi dan menyuburkan tanah. Sahabat menemui Abbas, memeluk dan menciumnya serta mengambil berkat dengannya sambil berkata: "Selamat kami ucapkan untuk anda, wahai penyedia air minum Haramain (Makkah-Madinah) ."

Yang dimaksudkan penyedia air minum Haramain ialah Abbas bin Abdul Mutthalib, bapa saudara Rasulullah SAW seperti sering disebut Baginda, "Inilah orang tuaku yang masih ada."
Abbas tua tiga tahun daripada Rasulullah SAW dan umur yang hampir sebaya itu menjadikan bapa serta anak saudara teman yang rapat disokong hubungan kekeluargaan antara mereka.
Hal lain menyebabkan Nabi menempatkan Abbas di tempat pertama, ialah kerana akhlak dan budi pekertinya yang pemurah, seolah-olah dialah saudara atau bapa yang pemurah dan untuk itu tidak segan mengeluarkan tenaga ataupun harta.

Beliau juga seorang yang cerdas, bahkan sampai ke tingkat genius dan disokong kedudukan tinggi di kalangan Quraisy, beliau sanggup membela Rasulullah SAW dari bencana dan kejahatan ketika melahirkan dakwahnya secara terang-terangan. Abbas tidak mengumumkan keislamannya kecuali pada tahun pembebasan kota Makkah menyebabkan sebahagian ahli sejarah memandangnya tergolong yang akhir memeluk Islam.

Ada riwayat lain dalam sejarah memberitakan beliau adalah antara angkatan yang pertama memeluk Islam tetapi menyembunyikan keislamannya itu. Berkatalah Abu Rafi Khadam Rasulullah SAW.: "Aku adalah anak suruhan (pelayan) bagi Abbas bin Abdul Mutthalib, dan waktu itu Islam telah masuk kepada kami, ahli bait (keluarga Nabi) maka Abbas pun masuk Islam begitu pula Ummul Fadlal, dan aku pun juga masuk. Hanya Abbas menyembunyikan keislamannya. " Inilah riwayat Abu Rafi yang menceritakan keadaan Abbas yang masuk Islam sebelum perang Badar.

Orang Quraisy pun tidak menyembunyikan keraguan mereka mengenai hati kecil Abbas, tetapi mereka tidak punya alasan untuk memusuhinya, apalagi padanya lahir tingkah laku dan agamanya tidaklah bertentangan dengan kemahuan mereka.

Ketika berlaku perang Badar, terbuka kesempatan bagi orang Quraisy untuk menguji pendirian Abbas dengan memaksa beliau turut bersama memerangi Rasulullah dan pengikutnya.
Walaupun berjaya menceritakan gerak geri dan muslihat orang Quraisy, Abbas dengan hati yang berat menyertai Quraisy dalam peperangan itu.

Namun, Rasulullah SAW berseru kepada sahabat dan pengikutnya supaya sesiapa yang bertemu dengan Abul Bakhari bin Hisyam bin Harith bin Asad dan Abbas bin Abdul Mutthalib, jangan membunuhnya kerana orang-orang itu dipaksa untuk ikut berperang. Perintah itu bukan bermaksud Rasulullah SAW hendak memberikan keistimewaan kepada bapa saudaranya Abbas, tetapi Baginda mengetahui pendirian serta status saudaranya itu.

Sehinggalah akhirnya apabila Abbas tidak dapat menyembunyikan keislamannya daripada pengetahuan orang Quraisy, beliau mengambil keputusan menyusul Rasulullah ke Khaibar, mengikut rombongan angkatan Islam dan kafilah orang beriman.

Abbas sangat dicintai dan dimuliakan oleh kaum muslimin, terutama kerana melihat Rasulullah SAW sendiri memuliakan serta mencintainya dengan ucapan, "Abbas adalah saudara kandung ayahku. Maka siapa yang menyakiti Abbas tak ubahnya menyakitiku! " Abbas meninggalkan keturunannya yang diberkati Abdullah bin Abbas mutiara umat dengan pengertian alim, abid dan salih, adalah salah seorang anak yang diberkati Nabi.

Pada Jumaat 14 Rejab 32 Hijrah, penduduk kampung dataran tinggi Madinah mendengar pengumuman: "Rahmat Allah bagi orang yang menyaksikan Abbas bin Abdul Mutthalib!"
Mereka mendapati Abbas sudah meninggal. Ramai yang mengiring jenazahnya, belum pernah terjadi selama ini sebanyak itu.

Jenazahnya disolatkan khalifah Muslimin pada waktu itu, yakni Uthman bin Affan. Di bawah tanah Baqi' beristirahatlah dengan tenang tubuh Abul Fadlal. Beliau tidur nyenyak dengan hati puas, di lingkungan orang baik-baik yang bersama memenuhi janji mereka kepada Allah.

Saat-saat akhir Rasulullah s.a.w

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, "kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, ingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" -"Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sumber : www.taushiyah-online.com

Khutbah wida' oleh Rasulullah s.a.w

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantukamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamudan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu... "

Sifat Romantik Nabi Muhammad s.a.w

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik kepada ke semua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Amiinn.

Tuesday, April 14, 2009

Selawat Syifa

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin
tibbil qulubi wa dawaa’iha
wa`afiyatil abdaani wa shifaa’ha
wa nuril absari wa diya’iha
wa`ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik' wa Sallim

Translation:-
O Allah! Send blessings on our leader Muhammad, the medicine of hearts and their cure, the health of bodies and their healing, the light of eyes and their illumination, and upon his family, companions, and send peace.

Amalan terbaik

  • Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya Allah memberikan kebaikan di dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan - Tirmizi.

  • Sesiapa yang berselawat tidak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan mendapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaannya.

  • Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah s.w.t seperti yang dihadapi oleh para nabi.

  • Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari

  • Adakalanya Nabi s.a.w amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Dawud

  • Setelah bersolat, Nabi s.a.w beristigfar memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim

  • Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, maghrib dan isyak, Allah s.w.t akan menghindarkan daripada sebarang bencana

  • Tika Nabi s.a.w tidur, baginda membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh (mohon perlindungan) - Bukhari

  • Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya (Selalu memilih yang lebih mudah) - Bukhari

  • Bersujud syukur jika mendapat khabar gembira. Nabi s.a.w sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap penciptanya, Allah s.w.t - Abu Dawud

Masjid Kucing

Kasih sayang bukan mesti sesama manusia sahaja tetapi juga terhadap haiwan. Dan andaikan rasa belas terhadap haiwan itu dituntut betapalah lagi terhadap manusia.

Dari Anas bin Malik ra katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (ALLAH) rezekinya atau dipanjangkan (ALLAH) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang). (Bukhari)

Dari Ibnu Abas ra katanya,

"Rasulullah s.a.w melarang perbuatan melagakan binatang". (Tirmidzi dan Abu Daud)

Salah satu kucing kesayangan Nabi Muhammad s.a.w ialah Muezza (Muazza). Diriwayatkan ada satu ketika ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan tetapi si Muezza sedang nenyak tidur di bucu jubahnya. Baginda s.a.w tidak mengejutkan si Muezza akan tetapi memotong bahagian yang digunakan oleh si Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Baginda s.aw kembali ke rumah dilihatnya si Muezza seperti kelihatan kesal dan dilihat cuba untuk memohon maaf atas perbuatannya itu.

Baginda s.a.w juga kadang-kadang membawa si Muezza bersama-sama dalam majlis dakwahnya dan meletakkannya di pangkuan Baginda s.a.w ketika berdakwah. Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Makkah pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing di mana dikatakan setiap waktu solat kucing akan berkumpul di situ.

Sumber : Majalah MIDI

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21 tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.