Wednesday, April 29, 2009

Rahsia di sebalik Haji dan Umrah

Abdullah bin Abbad r.a berkata, "Ketika kami sedang berada di Mina bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang satu kumpulan dari Yaman, lalu berkata, "Ya, Rasulullah, terangkan kepada kami kelebihan haji".

Lantas Rasulullah s.a.w menjawab, "Baiklah, setiap manusia yang keluar dari rumahnya dengan niat haji atau umrah, maka setiap langkah akan gugur segala dosa-dosanya seperti gugurnya daun kering dari pokok. Kemudian apabila telah sampai di Madinah dan memberi salam serta berjabat tangan denganku, maka akan dijabat tangan oleh malaikat".

Tambah Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila mereka telah sampai di Dhul Hulaifah dan mandi sunat ihram, maka Allah s.w.t menghapuskan segala dosanya. Kemudian, apabila mereka memakai pakaian baru untuk ihram, maka Allah s.w.t akan memberikannya segala kebaikan. Sesudah itu, jika mereka mengucap "labbaik Allah humma labbaik.." maka akan disambut oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud "Aku mendengar kata-katamu dan melihat padamu".

Sambung Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila sampai di Mekah lalu mereka bertawaf dan sai di antara Safa dan Marwah, maka Allah akan berikan sebanyak-banyak kebaikan kepadanya. Setelah itu, apabila mereka wukuf di Arafah dan berdoa dengan suara yang gemuruh, maka Allah membanggakannya kepada para malaikat dengan berfirman, "Wahai malaikat dan penduduk di langit, tidaklah kamu melihat hambu-Ku yang datang dari semua penjuru yang jauh-jauh dalam keadaan terurai dan berdebu. Mereka telah mengorbankan harta dan tenaga, maka demi kemuliaan dan kemurahan-Ku, Aku akan maafkan orang-orang yang berdosa sebagaimana anak yang baru lahir dari perut ibunya".

Sambung Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila mereka melontarkan jumrah dan mencukur rambut, kemudian bertawaf ifadah maka akan ada seruan dari bawah Arasy, "Kembalilah kamu, kerana semua dosa-dosa kamu telah diampukan dan mulakan segala amalanmu".

2 comments:

mamadhea said...

yup....betapa indahnye saat itu dan detik itu...

inaz_su said...

InsyaAllah..murah rezeki boleh pergi lagi..Aminn