Tuesday, April 14, 2009

Masjid Kucing

Kasih sayang bukan mesti sesama manusia sahaja tetapi juga terhadap haiwan. Dan andaikan rasa belas terhadap haiwan itu dituntut betapalah lagi terhadap manusia.

Dari Anas bin Malik ra katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (ALLAH) rezekinya atau dipanjangkan (ALLAH) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang). (Bukhari)

Dari Ibnu Abas ra katanya,

"Rasulullah s.a.w melarang perbuatan melagakan binatang". (Tirmidzi dan Abu Daud)

Salah satu kucing kesayangan Nabi Muhammad s.a.w ialah Muezza (Muazza). Diriwayatkan ada satu ketika ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan tetapi si Muezza sedang nenyak tidur di bucu jubahnya. Baginda s.a.w tidak mengejutkan si Muezza akan tetapi memotong bahagian yang digunakan oleh si Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Baginda s.aw kembali ke rumah dilihatnya si Muezza seperti kelihatan kesal dan dilihat cuba untuk memohon maaf atas perbuatannya itu.

Baginda s.a.w juga kadang-kadang membawa si Muezza bersama-sama dalam majlis dakwahnya dan meletakkannya di pangkuan Baginda s.a.w ketika berdakwah. Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Makkah pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing di mana dikatakan setiap waktu solat kucing akan berkumpul di situ.

Sumber : Majalah MIDI

0 comments: